GALA beb! GALA!
Di sini... Syurga kita...
Waduh... sudah lama bapak tidak berkarya dalam ini blog, dong... Bukannya hape. Tak de idea. Yang gambor tu, saje nak try-test-cuba masukkan imej dalam blog. Yang lelain ade post gambor, takkan pak cik tak de gambor kot?? Cantik Biro Penerangan, Bahagian Media Cetak buat...
Yang atas tu adalah cover depan Buku Cenderahati majlis persatuan penduduk di mano pak cik tinggal sekarang ni. Itu pun dah last-last minit pegi print. Nasib baik sempat. Sebona eh, Malam Gala ni adolah Majlis untuk Hari Rayo Aidilfitri. Tapi memandangkan tarikh majlis tu 3 hari lopeh 30 Syawal (25 November 06), takkan nak panggil Majlis Rayo pulak kan? So, tukar plan B plak. Jadi Malam Gala PAKSI. Gala tu nak buek grand jer... Tak la se grand mana pon, tapi ado la jugak 2 bijik bungo api 25 das... Grand la jugak kot?
Ni lah dio aktiviti pak cik sekarang ni. Dah di nobatkan sebagai Setiausaha pertubuhan - yang kito sebona eh tak nak pon... cam biaso lah. (Mat nyu dapek nasib yang lobih kurang, tapi dio nyo position lagi Grand daripado den!) Tapi, apo nak buek, ter-enjoy pulak dengan position sekarang. Pueh la sesapo yang nak ganti tompek pak cik ni nanti. Ado yang kono jadi S/U sampai pencen ni kang... hei... tak larat pak cik.
Cakap-cakap pasal S/U nih, S/U untuk apo? PAKSI tu, apekebendanya? Ape kelebihannya???
Ni hah, pak cik terangkan...
PAKSI tu, namo singkatan Pertubuhan Komuniti Seri Anggerik, Seksyen 7, Shah Alam yang telah selamat didaftarkan dengan Jabatan Pertubuhan Negeri Selangor. Baru lagi daftar, tapi dah lebih kurang setahun bertapak. Kenapa PAKSI? Iyolah. Kalau diamati, namo singkatan patut eh PKSA. Tambah lagi satu A, jadi PAKSA - haram sekor pun tak nak jadi ahli kan??? Lagi satu plak, boleh jadi PERKO.... korang tambah sendirilah. So, daripado menyekso diri dan telingo, jadilah PAKSI... Itu pun 3-4 minggu jugak tu nak cari namo alternatif!
Setakat nih, banyak dah cabaran dan rintangan yang kitorang lalui. Lopeh satu, satu. Tapi, nasib baiklah Presiden den tu panjang akal, AJK lain buleh dibawak berbincang dan ahli-ahli, no hal. Kitorang mungkin akan set up satu website, insyaallah. Bilo? Mungkin tahun dopan kot? Terpulanglah kepado Biro Penerangan, Bahagian MultiMedia dan Elektronik. Sapo lah agak eh Ketua Biro Penerangan ek??
Agak-agak korang???
Pernah sekali buat lawak dengan Presiden: "Amacam kalau S/U letak jawatan?" Dia jawab simple jer... "Kalau rasa boleh tahan kena kutuk dari Perlis sampai Sabah, silakan..." Tu yang tak jadi letak jawatan tu... Jangan memain diorang ni... Nampak jer baik, tapi brutal siot!!! So, sesapo yang nak datang melawat, anda adalah di alu-alukan... tapi jangan expect ado carpet merah, kompang dan kambing golek yo?
![]()
BIRO PENERANGAN
PERTUBUHAN KOMUNTI SERI ANGGERIK, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home