Your Ad Here

STJ 86-90

Friday, April 17, 2009

LAYAN LAGU.....YUNA

Yuna (also known as Yunalis) is a young female acoustic/folk singer-songwriter based in Kuala Lumpur, Malaysia, who began making a mark for herself in the local independent scene in 2007.

Yuna has been cementing herself in the local scene with complementary comparisons to the likes of Norah Jones and Rachel Yamagata. Her influences range from Bob Dylan, Fiona Apple, Tori Amos and Feist.



Yunalis Zarai

Tuesday, January 06, 2009

Fauziah Latiff (Jee) Complete Set

Sedey la blog ni x de sapa nak update, so bior le aku hapdet gambor Jee dulu...sebab dah complete..hihi..these are all her solo debut from 1988 to 2002

1988

1989

1990

1991


1992

1993


1997 re-print

1994

1996

1998

2002

Compilation??? Compilation Jee dari tahun 1992....


1992

1997 re-print

1995

1995

1997

1997

2000

2005

Puas hati x peminat Jee semua.........END

Friday, December 12, 2008

Walimatul Urus.. Jemputan Majlis Kenduri...

Assalamualaikum w.b.h & Salam Sejahtera buat semua warga STJ 90'

Bismilahirrahmanirrahim. Dengan rendah diri dan dengan segala hormatnya, saya Faithzal Bin Baharuddin aka Mat Nyu/PakTani, menjemput semua rakan-rakan ex STJ 90' (atau senior2 atau junior2 yg masih menginagati saya) ke Majlis Kenduri Perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 21 Disember 2008 (Port Klang) & 27 Disember 2008 (Port Dickson). Moga kehadiran rakan2 semua dapat memeriahkan lagi majlis ini nanti disamping kita boleh bersua muka kembali dan merapatkan kembali silaturrahim sambil makan nasi minyak...hehehe.(heboh bona nak makan nasik minyak den, den dah buek jgn tak datang dah!) Moga majlis ini dan perkahwinan kami ini akan diberkatiNya dengan kehadiran tuan2 & puan2 kelak. Insyaallah. Dilampirkan bersama kad jemputan buat kedua2 majlis yang akan berlangsung nanti...
Sekian, terima kasih.

Majlis di Port Klang (21 Disember 2008- Ahad)



Majlis di Port Dickson (27 Disember 2008-Sabtu)

Monday, August 18, 2008

Gempar, MatNyu kawin!

Klang - Pada hari ini, Ahad, 17 Ogos 2008 salah seorang sahabat kita En. Faithzal Baharuddin atau lebih dikenali sebagai MatNyu ataupon Pak Tani telah selamat diijab kabulkan di Masjid Kg Baru Uda, Klang, Selangor. Beliau yang mengusahakan ladang mangga di Rembau adalah seorang petani moden yang berjaya di Negeri Sembilan telah dinikahkan oleh bapa pasangan. Pasangan pula adalah seorang bakal guru yang berasal dari Klang, Selangor. MatNyu atau Pak Tani telah memaklumkan bahawa majlis tersebut telah diadakan buat keluarga terdekat sahaja, beliau juga berharap tiada yang berkecil hati kerana telah merahsiakannya dari pengatahuan umum. Walau bagaimanapun satu majlis telah dirancang yang akan diadakan pada akhir Disember nanti. Pada majlis itu nanti beliau bercadang untuk meraikannya bersama rakan-rakan.

Tuesday, January 15, 2008

HALWA TELINGA - BONNIE TYLOR



This Song Actually called - Total Eclipse Of The Heart.

KERETA NASIONAL TERBARU..


Berikut adalah foto-foto yang diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Kereta keluaran PROTON ini adalah bagi menggantikan model 'Proton Saga/ Iswara'.
Dipercayai kereta ini mempunyai penambah-baikan yang begitu ketara. Dengan harga yang kompetitif iaitu menyamai sekitar harga proton Iswara. Maka ia boleh mendatangkan impak besar dalam menguasai jalan-jalan di seluruh Malaysia. Jika pihak PROTON menitikberatkan soal kualiti mutu material/ mekanikal. Tak mustahil ia boleh menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana jika harga diambil kira. Seharusnya teknologi 'Lotus' yang kita ada diserapkan sepenuhnya ke kereta-kereta keluaran proton. Model Proton Persona masih baru lagi di pasaran tetapi maklumbalas yang diterima agak memberansangkan. Model ini boleh dipercayai dan memiliki teknologi Lotus.


Proton Persona Front View (2007)


Proton Persona Back View (2007)



New Proton Model 2008 ( View 1)


New Proton Model 2008 ( View 2)


New Proton Model 2008 ( View 3)
Replacement Model For Proton Saga/ Iswara.
LAYARI >> http://bestari-my.blogspot.com
(5 CURIE 90)

Monday, September 10, 2007

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.h.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu 'memohon ampun & maaf' jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa.

Wednesday, August 29, 2007

SALAM MERDEKA DARI KOTA PENJAJAH


Hari Jumaat ni genap lah 50tahun negara kita merdeka dari dijajah. Pasti sambutan yg gilang gemilang di Malaysia...tapi di UK juga satu sambutan yang gah gitu juga telah dirancang bertempat di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury, Hertford. Nampak macam menarik aturcara tapi tak tau la kalau semua tu indah kabar dari rupa. Harap-2 ia tak serupa macam Malaysia Week yang diadakan di Covent Garden pada Jun lalu....hehehee...roti canai 2pound..satey secucuk 4pound..gilo apo! Klau tergerak kaki ni melangkah ke sana boleh lah aku tuliskan sesuatu...kalu dak sambut merdeka kat carboot je la.

Apa-2 pon Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke-50 buat Malaysia negaraku yg tercinta !


M E R D E K A !



Thursday, August 23, 2007

Malam Edan

Malam Edan Bersama Search di Planet Hollywood

PLANET HOLLYWOOD mempersembahkan MALAM EDAN bersama SEARCH, 9 SEPTEMBER 2007 (AHAD), 10.30 MALAM

“Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan ke-50”

Kumpulan rock gergasi tanah air SEARCH akan kembali mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada 9 September 2007 (Ahad) ini! Persembahan eksklusif yang bakal bermula pada pukul 10.30 malam ini akan menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi dan apa yang lebih istimewa lagi ialah persembahan ini juga adalah untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun!

Kumpulan Search ditubuhkan pada 1981 dan setelah lebih dari dua dekad berada di dalam industri, Search masih tetap berdiri kukuh dan para peminat kumpulan tersohor ini tidak pernah mengenal erti jemu menyokong mereka. Lagu-lagu evergreen kumpulan ini seperti “Isabella”, “Fantasia Bulan Madu”, “Rozana”, “Gadisku” dan banyak lagi masih diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dan tetap menjadi siulan ramai. Showcase istimewa ini sudah pasti bakal mengubat rindu para peminat muzik rock sejati di luar sana yang sudah lama menantikan kemunculan kumpulan rock lagenda ini buat yang ke sekalian kalinya. Tidak dapat dinafikan, Search yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini yang mempunyai ramai pengikut sehingga hari ini. Pengalaman lebih dari 25 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka dinobat sebagai di antara barisan artis yang cukup dihormati dan disanjungi sekali.

search edan

Search baru sahaja melahirkan album mereka yang ke-10; Gotik Malam Edan dan apa yang lebih istimewanya lagi mengenai album ini ialah, Search berjaya menggabungkan kembali barisan pemuzik asal mereka; Amy (Vokal), Hillary Ang (Gitar), Nasir (Gitar Bass) dan Yazid (Drum). Kemunculan album ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat mereka di luar sana dan sesungguhnya penantian itu cukup berbaloi kerana album terbaru kumpulan ini adalah di antara yang terbaik dari mereka dan cukup unik sekali!

Para peminat kumpulan gergasi ini yang ada di luar sana dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan live mereka ini di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir mereka beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah tiga tahun dahulu (2004) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Tiket berjaya dijual habis dan rata-rata yang hadir melahirkan kepuasan dalam diri masing-masing. Itulah Search! Ikon Rock Malaysia yang sebenarnya!

Di dalam showcase eksklusif ini, Search juga akan menjemput pemain gitar yang cukup tersohor sekali di Malaysia; Joe Wings sebagai penampilan khas pada malam tersebut! Kolaborasi hebat kedua-dua gergasi ini pasti berjaya menggegarkan malam minggu anda ini nanti!

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50 ini dengan showcase istimewa ‘Malam Edan bersama Search’, hanya di Planet Hollywood, 9 September ini, pada pukul 10.30 malam. Search akan membawa anda kembali mengimbas zaman kegemilangan mereka dengan lagu-lagu dari album mereka yang terdahulu sehinggalah ke album terbaru mereka ‘Gotik Malam Edan’ seperti Yin & Yang, Memoria Anna, Neo-Romantik, Lara Tari Pencinta dan banyak lagi! Jumpa anda di sana !

Bayaran Masuk untuk menyaksikan showcase eksklusif ‘Malam Edan Bersama Search’ ialah RM 50 (termasuk satu minuman percuma).

Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

Monday, July 23, 2007

Open 'Kebun'

Untuk pengetahuan rakan2 semua, mangga kek kobun den tgh bobuah lobek... kalau nak meghaso.. jgn tunggu lamo2...kang dah abih baghu nak bertanyo.... menyosa kendian tak berguno...

Korang tak terliur ke?

Wanita STJ batch 1990 yg pertama sampai kek kobun den.. maceh kerana sudi datang..

Duo ehem-ehem 'merpati sejoli' yg sompek mencemar duli merasmi kedatangan musim buah manggo den utk tahun ni... Biar pun sampai agak lewat dan ketika hujan turun...
"Lalu hujan turun, kita basah bersama...Masih kah kau ingat...Masihkah kau ingat?..." hehehe.

Ado apo2 ko ni? Bilo laie? Kad bilo nak anta?

Hmmmm....sessswaiiii gitu..

Wednesday, May 30, 2007

Kunjungan Orang Besar.....

Kunjungan 2nd Chief in command Pejabat Daerah Rembau, ke kebun manggo Mat Nyu..
Tp tak sompek nyicah......









Tuesday, May 29, 2007

Sehari di kebun mangga sempena hari buruh

Lawatan penggila mangga muda cicah......